Fast & Furious 7 (FF7) menjadi rekod sebagai filem pertama yang dicaj GST tetapi itu tidak menghalang semua orang berpusu-pusu mencecah pawagam sehari selepas hari raya Syawal-GST tersebut. Babi. Carut pertama yang anda jumpa.
Dalam sekuel kali ini, Dom (Vin Diesel) dan Letty (Michelle Rodriguez) kembali menjadilovebird, manakala hero kesukaan kita Brian (Paul Walker R.I.P) sudah 'cuci tangan' dan menumpukan kepada keluarga. Sehinggalah Deckard Shaw (Jason Statham), seekorlegitimate british badass (LBB) muncul untuk membalas dendam atas kematian adik beliau,Owen Shaw dalam sekuel terdahulu di London.
Amukan Deckard yang membalun ejen Hobbs (The Rock) hingga patah tangan, letupan di rumah Dom dan pembunuhan budak Asia FF, Han menyebabkan pembalasan si pitung dijalankan.
Geng Fast & Furious (FF) terpaksa berpadu tenaga dengan agensi risikan persekutuan yang diketuai Mr. Nobody (Jeff Bridge) bagi menjejak Deckard kerana mereka memerlukan aplikasi perisian God's Eye ciptaan hacker cun, Ramsey. Malangnya, Ramsey diculik oleh sepasukan tentera elit persendirian (mercenaries) dan dalam keterpaksaan (macam lirik lagu Aris Ariwatan dol. cam kimak), mereka berkongsi sumber dan kepakaran untuk menculik semula Ramsey.
Berikutan itu, Dom cuba mengunjahkan status anti-establishment FF dengan menegaskan bahawa kerjasama yang terjalin itu hanyalah atas dasar kepentingan. Bagus. Sekurang-kurangnya kita tahu, FF masih kekal 'underground' dan belum lagi 'sell-out'.
Pembalasan Si Pitung - Payback Pelesit Jalanan
Tema sentral kali ini ialah 'payback' - pembalasan dendam & perhitungan 'eye to an eye'. Antagonisme antara Dom dan Deckard membawa pelesit-pelesit ke seceruk litar gearan dan lebuh maut.
Penjahat paling Badass tahun 2015? (Most Villain Award)
Deckard memang layak dinobat 'The Most Villain Award' pada tahun ini memandangkan personalitinya yang sangat 'cold', seorang hantu bekas upahan kerajaan yang kini menjadi buruan agensi risikan. Ini mungkin antara 'bad guy'/penjahat paling kental pernah dilihat selepas Hussein Abu Hassan (apahal?). Ya, serius. Deckard Shaw melonjakkan aksi meletup sana-sini ke tahap lebih fenomenal, barangkali orang-orang seperti beliaulah yang bertanggungjawab meletupkan helikopter Dolphin di Semenyih.
Paul Walker Kembali Hidup - Mekar Di Pangkuan Memori
Ikon utama dalam FF kali ini sudah semestinya, Paul Walker. Beliau menjadi arwah pada November 2013 dan kehilangannya amat dirasai. Tanpa beliau, FF tidak seperti biasa tetapi dalam sekuel ini, beliau 'dihidupkan' semula. Melihat semula Paul dalam filem selepas kematian beliau sememangnya amat mengujakan (dan mengharukan). TeknikCGI yang dikatakan menggunakan 'body double' badan adik-adik Paul (Cody dan Caleb Walker) bagi melakonkan watak Brian bagaikan menghasilkan satu skulptur yang sangat sempurna (flawless). Amat mengagumkan. Seketika, dengan teknologi sedemikian, terfikir juga jadinya apa-apa babak saja boleh disinematikkan - tetapi, saya yakin industri perfileman melayu belum mampu menghasilkan jika tidak, aksi pembototan Saiful Juborsudah lama divideo-CGI-kan. Orang melayu masih jauh tertinggal kerana mereka sibuk bercerita tentang hantu, rempit dan penyundalan anak-anak dara.
Aksi antik Brian dalam FF7 ini (peluncuran bas di tebing pergaungan Azerbaijan) barangkali adalah aksi terhebat Paul Walker dalam mana-mana sekuel Fast & Furious. Spektakular. Breathless. Tanpa nafas. Terbaek. Bawak janda baek. Diam* kau. cam fynn jamil *muntah*
Dari Azerbaijan ke Abu Dhabi - Fundamentalis Kereta Terbang & Terjun
Aksi kereta terbang adalah premis fundamental dalam FF kali ini.
Ada 3 aksi klimaks yang merangsang adrenalin dan berpesta ghairah:
1. Penerjunan kereta secara berjemaah di ruang angkasa Azerbaijan.
2. Peluncuran bas dari pergaungan oleh Brian.
3. Lompatan ajaib Brian & Dom di Abu Dhabi - yang ini, mungkin seni terbaru yang menghipnotis anda untuk menyebut 'Shit!' tanpa anda sedari.
Pilihlah mana-mana satu babak, kesemuanya sangat 'awesome' dan eksplosif. Terlampau banyak aksi kereta terbang selain di atas yang meneroka keghairahan graviti-sifar-tektonik. Ternganga (jaw-breaking, dol) macam kena sodok buntut dengan Abang Sado dengan setiap terjunan yang dipersembahkan.
Babak-babak yang lebih ribut daripada gasakan Madey Kutty terhadap Najib tentangAtlantuya (blog Che Det).
Sesempurna Walker Impian
Babak akhir yang mana segmen tribut 'For Paul' dengan Dom dan Brian memandu beriringan di jalanan gurun Amerika adalah paling membangkitkan nostalgia. Satu 'wrap-up' yang sempurna untuk merefleksi keabadian Brian O' Conner dalam francais FF. Ia adalah pengakhiran yang sangat dramatik dengan Brian bersara daripada dunia pemotoranunderground dan memandu buat kali terakhir, demi anaknya dan wifey, Mia tercinta.
Tidak hairanlah, seluruh dunia dilaporkan bercucuran air mata dengan segmen tersebut. (*)http://edition.cnn.com/2015/04/06/entertainment/paul-walker-furious-ending-feat/
Melangkah keluar dari panggung, kita kembali dihunjami realiti rakyat kaduk - cukai GST, Jibby, rambut Rosmah, Madey nyanyuk, hero-hero ketuanan melayu, bla bla namun FF7tetap menghibur dalam skala tektonik dan seiring lagu tema nyanyian Wiz Khalifa (See You Again), detik di hati akan tetap berbisik, 'Paul... You're always be my hero'.
Verdik: Ini adalah filem yang sangat berkuasa padu (power). Menonton filem ini adalah jutaan kali lebih baik daripada melihat pukimak-pukimak politikal di kaca TV ataudoucheback-doucheback memekik lolong propaganda sambil membunuh imaginasi orang ramai (unsuspecting citizens)
Kita memerlukan seorang Dom dan Brian untuk memacu kita semua ke gearan transformasi sebenar, bukannya Babun-Babun Nasional (BN) yang memerintah dengan agenda 'doucheback' lalu membungkuskan negara ini dengan skandal 1MDB, ketuanan melayu dan Hudud.
Kita semua harus diinspirasikan dengan kehebatan Paul Walker dan geng FF - hidup dengan berani, bebas melawan arus, lasak impian dan gigantik cita-cita - bukannya menjadi orang cengeng, takut perubahan dan akhirnya mati menjadi macai paling tidak berguna di sisi negara. Fuck Off. Amen.
@djpekik
@djpekik



